Friday, December 16, 2011

Bahagian C – Membuat ulasan

1.2markah
2 Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang
  diberikan.
3.Tidak kurang 50 patah perkataan
4.cadangan masa 20 minit
5. Cara  Menjawab Soalan
 a.Baca dan fahami situasi
 b.Gariskan kata kunci dalam soalan 
 c.Sediakan rangka karangan 
     Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang  
     terdapat dalam teks 
 d.Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja 
 e.Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.

Thursday, December 15, 2011

Bahagian B – Menulis karangan

1.Bentuk Karangan:
      a.Karangan berformat
      b.Karangan tidak berformat
2. 30 markah
3. Tidak kurang 80 patah perkataan 
4. Diberi tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.
5. Cadangan masa - 40 minit 
Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu karangan
a. bagi soalan bahagian B- minimum 3 isi penting
kalau lebih?
digalakkan kerana gabungan beberapa isi adakalanya sesuai
diberi pertimbangan markah yang baik  walaupun tanpa
 huraian lanjut tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang
 berbentuk penceritaan.Pertimbangan markah yang sesuai
 perlu  diberi bagi isi yang disertakan contoh dan huraian, isi
berserta contoh atau isi sahaja.

Saturday, December 10, 2011

FAIL PANITIA

Arahan telah dikeluarkan melalui surat yang ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran Johor pada masa itu Tn Hj Sufaat Tumin, bertarikh 21 April 2010,fail yang harus disediakan oleh panitia tinggal 7 fail sahaja.
Tujuh FAIL PANITIA tersebut ialah:

1. Fail Induk:yang mengandungi surat menyurat dan minit mesyuarat Panitia.

2. Fail Sukatan Pelajaran yang mengandungi:
 Sukatan
Huraian Sukatan
Rancangan Pelajaran Tahunan
Senarai buku rujukan guru/murid
Standard Akademik-RPT
Plan J

3. Program Kecemerlangan:
Perancangan Program
Pelaksanaan dan laporan program

4. Pentaksiran dan Penilaian:
 Analisis keputusan peperiksaan awam dan sekolah
Analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan
awam dan peringkat sekolah
Headcount
Postmorterm

5. Penyeliaan:
Jadual Penyeliaan
Laporan penyeliaan p&p oleh pemerhati
Tindak ikut pencerapan

6. Pemeriksaan Buku Rampaian:
Jadual Pemeriksaan buku rampaian
Laporan pemeriksaan buku rampaian/buku kerja/buku nota

7. Maklumat Guru Mata Pelajaran:
 Maklumat peribadi guru
 jadual waktu mengajar
Carta organisasi panitia


Bagi Fail 1 iaitu Fail Induk gunakan fail kertas warna putih dan simpan di pejabat Penolong Kanan 1.

Bagi fail 2-fail 7, gunakan Fail Keras. No siri fail haruslah diletak pada setiap fail tersebut.
Contoh JBB0028/6000-3/3/1

PENGESAHAN GURU MEMBACA INFORMASI PANITIA BAHASA MELAYU

 Bagi memastikan semua guru melihat dan membacanya, SILA beri maklum balas dengan mengisi ruang 'comment' untuk makluman dan tindakan panita. Sekian, terima kasih.


"KERJASAMA DAN KERJA SAMA-SAMA"

MESYUARAT

Semua guru dikehendaki hadir di Pusat Sumber Sekolah
jam 8.00 pagi pada tarikh-tarikh berikut.


1.  MESYUARAT GURU
    Tarikh:  Rabu, 28.12.2011
2.  MESYUARAT KURIKULUM / PANITIA
    Tarikh:  Jumaat, 30.12.2011
   

MINIT MESYUARAT PANITIA

Dalam Minit Mesyuarat Panitia mesti:
1.  menggunakan Versi SPSK 2 (Versi 2011)
2.  mengikut format PK 03/3, PK07/1-PK07/5 dan difailkan.
     (rujuk dokumen kualiti SPSK)
3.  dijalankan 4 kali setahun dan ada di dalam takwim
4.  menyentuh cara penandaan yang betul, semua buku mesti
     disemak dengan segera dan menegaskan murid membuat
     pembetulan.Guru juga mesti memberi ulasan yang membina
     terhadap hasil kerja murid. MESTI sentuh tentang
     penulisan tarikh, hari, muka surat dan tajuk.
5.  mengingatkan guru, menghantar buku latihan kepada pihak
     pentadbir untuk disemak/dicop mengikut jadual dan
     meminta murid menunjukkan buku tersebut kepada
     ibu bapa / penjaga untuk ditandatangani.
6.  membincangkan tentang KSSR dan guru-guru yang telah
     menghadiri kursus KSSR Tahun 1 dan 2 mesti menyampaikan
     maklumat terkini kepada ahli yang lain. Panitia BM dan BI
     mesti menyentuh tentang MBMMBI.
7.  membincangkan tentang membuat soalan Formatif dan Sumatif
     dan kriteria soalan yang dipersetujui.
8.  menganalisis keputusan peperiksaan dan membuat post mortem,
     contohnya post mortem UPSR,UPPM1,UPPM 2, peperiksaan
     setengah tahun dan akhir tahun.
9.  difail dan dikemaskinikan. Fail perlu disimpan dan mudah
     diperolehi jika pemantauan/penyeliaan mengejut dari
     PPD, Nazir JPN atau KPM dilakukan.

FIKIR-FIKIRKAN....

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,  
Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara
ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
Tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.


Kalau seorang guru berbudi bahasa,  
dikenang murid sepanjang masa.


Sumbangan :

Cikgu paklong

Sunday, December 4, 2011

KESILAPAN CALON

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan:
1.Tidak benar-benar memahami kehendak soalan,kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
2.Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas.
  - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk  format yang teratur dan betul.
3 Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup dan
   tiada mempunyai perenggan.
4 Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca  serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.
5 Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan.
6 Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.
7.Terkeluar tajuk.Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.
8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik.
9.Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas.  10.Kurang menggunakan penanda wacana atau penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.