Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan:
1.Tidak benar-benar memahami kehendak soalan,kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
2.Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas.
- tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
3 Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup dan
tiada mempunyai perenggan.
4 Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.
5 Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan.
6 Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.
7.Terkeluar tajuk.Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.
8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik.
9.Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. 10.Kurang menggunakan penanda wacana atau penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.
No comments:
Post a Comment