Dalam Minit Mesyuarat Panitia mesti:
1. menggunakan Versi SPSK 2 (Versi 2011)
2. mengikut format PK 03/3, PK07/1-PK07/5 dan difailkan.
(rujuk dokumen kualiti SPSK)
3. dijalankan 4 kali setahun dan ada di dalam takwim
4. menyentuh cara penandaan yang betul, semua buku mesti
disemak dengan segera dan menegaskan murid membuat
pembetulan.Guru juga mesti memberi ulasan yang membina
terhadap hasil kerja murid. MESTI sentuh tentang
penulisan tarikh, hari, muka surat dan tajuk.
5. mengingatkan guru, menghantar buku latihan kepada pihak
pentadbir untuk disemak/dicop mengikut jadual dan
meminta murid menunjukkan buku tersebut kepada
ibu bapa / penjaga untuk ditandatangani.
6. membincangkan tentang KSSR dan guru-guru yang telah
menghadiri kursus KSSR Tahun 1 dan 2 mesti menyampaikan
maklumat terkini kepada ahli yang lain. Panitia BM dan BI
mesti menyentuh tentang MBMMBI.
7. membincangkan tentang membuat soalan Formatif dan Sumatif
dan kriteria soalan yang dipersetujui.
8. menganalisis keputusan peperiksaan dan membuat post mortem,
contohnya post mortem UPSR,UPPM1,UPPM 2, peperiksaan
setengah tahun dan akhir tahun.
9. difail dan dikemaskinikan. Fail perlu disimpan dan mudah
diperolehi jika pemantauan/penyeliaan mengejut dari
PPD, Nazir JPN atau KPM dilakukan.
No comments:
Post a Comment