Sekapur Sireh





1 Januari 2012

Guru-guru yang dihormati sekalian,

                   Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad Rasul Pilihan. Alhamdulillah bersyukur saya terhadap Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya kita masih dapat meneruskan tanggung jawab yang diamanahkan kepada kita.
   
              Terlebih dahulu setinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada Jawatankuasa Pembina Perancangan Sekolah dan Tugasan Guru, diatas segala usaha mereka menyempurnakan dokumen yang menjadi panduan guru-guru semua. Dokumen ini sangat penting bagi organisasi ini kerana ianya merupakan satu garis panduan kepada semua warga pendidik sekolah ini supaya dapat mengembling tenaga secara berpasukan berdasarkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi menuju hala matlamat kita.

                    Harapan saya adalah semoga pencapaian yang cemerlang SK Montfort akan diperolehi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Impian ini hanya boleh tercapai sekiranya kita semua berganding bahu bagi menyumbang idea dan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh . Saya percaya dengan penuh yakin bahawa semua guru sekolah ini dapat berusaha menyumbang sesuatu yang amat bermakna kepada sekolah ini. Dimana langit dijunjung disitu bumi dipijak begitulah dengan kita, dimana kita berkhidmat, disitulah kita berbakti.


Sekian, terima kasih.

“ILMU AMAL BAKTI”

Hormat daripada saya


…………………………..
ALI BIN MOHD YUNUS
         Guru Besar
         SK Montfort



No comments:

Post a Comment